JSK

JSK ialah Jadual Spesifikasi Kandungan.

Ada beberapa kepentingan yang memerlukan para guru untuk menggunakan JSK ini iaitu 

1) Kesediaan Guru. 

- Untuk menyampaikan bahan pengajaran merupakan perkara terpentng dalam mengendalikan sesi pengajaran dan pembelajaran. Ini bermakna kesediaan terpenting ialah pengetahuan guru tentang isi kandungan kurikulum.

2) Ilmu Guru.

- Dapat menguasai pengetahuan substantif yang berkait dengan konsep atau fakta, pengetahuab sintafik yang berkait dengan prosedur atau proses di samping menguasai ilmu mata pelajaran dan ilmu pedagogi.

3) Pentaksiran.

- Proses menilai atau mendapat gambaran terhadap sesuatu yang disampaikan dalam pengajaran. 

4) Bahan Pengajaran.

- Bahan-bahan yang digunakan dalam pengajaran seperti software atau hardware. Bahan pembelajaran boleh dalam bentuk maujud atau bukan maujud. Bahan pengajaran akan dapat membantu pemahaman murid terhadap sesuatu pengajaran yang disampaikan.

5) Kaedah Pengajaran.

- Kaedah terdiri daripada sesuatu siri tindakan yang sistematik dan tersusun untuk mencapai sesuatu matlamat. 

6) Gabungjalin

- Menggabungkan 2 kemahiran di dalam sesuatu pengajaran seperti dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, kemahiran lisan digabungjalin dengan kemahiran menulis dan gabungjalin juga boleh dgunakan antara 2 mata pelajaran.



No comments:

Post a Comment

Slides Powerpoint

Slides ini menerangkan dengan lebih ringkas untuk memudahkan para pembaca memahami dan menghayati tajuk yang kami kongsikan didalam blog...